comscore
Tumpuan :
Artikel

Kes COVID-19 Menurun

Menerusi data laman sesawang COVIDNOW, kes harian COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 3,045 kes dicatatkan semalam berbanding 4,334 kes kelmarin.

PUTRAJAYA: Kes harian COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 3,045 kes dicatatkan semalam berbanding 4,334 kes, kelmarin.

Menerusi data laman sesawang COVIDNOW, jumlah kes baharu itu membabitkan 3,040 kes penularan tempatan, manakala lima kes lagi adalah kes import, yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di negara ini meningkat kepada 4,735,547 kes.

Daripada jumlah itu, 43,431 kes masih aktif, dengan 96.2 peratus atau 41,759 individu sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

Selain itu, sebanyak 1,567 kes atau 3.6 peratus kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (33), unit rawatan rapi (ICU) (72 kes) dan 46 kes daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, lima kematian dilaporkan, semalam menjadikan jumlah keseluruhan angka korban akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada 36,085 orang.

Tiga daripada kes kematian dilaporkan di Kedah, manakala satu kes dicatatkan masing-masing di Johor dan Perak.

Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dilaporkan semalam. Berikutan itu, jumlah kes pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan kini kekal kepada 7,669 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 4,226 kes dilaporkan sembuh semalam, menjadikan jumlah kes pulih di negara ini adalah 4,656,031 kes.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini