comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes denggi di Kedah meningkat

 

FOTO: NSTP

SUNGAI PETANI: Kedah merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak 1,550 kes berbanding 1,301 kes bagi tempoh yang sama tahun tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria, berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 249 kes bersamaan 19.1 peratus.

“Daripada jumlah ini sebanyak empat kes kematian dicatatkan berbanding tiada kes kematian pada tempoh sama tahun lalu.

“Trend peningkatan wabak juga berlaku Minggu Epid ke 16/2024 iaitu sebanyak 136 wabak denggi berbanding 121 wabak denggi dalam tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 12.4 peratus,” katanya ketika membuat tinjauan di kawasan hotspot denggi di Taman Sejati Indah, di sini hari ini.

FOTO: NSTP

Mansor berkata, sehingga minggu Epid 16/2024, sebanyak 82 kes denggi direkodkan di Taman Sejati Indah iaitu 68 kes bersamaan 82.9 peratus adalah kes wabak dan bakinya 14 kes sporadik.

“Antara isu utama yang menjejaskan kawalan wabak hotspot adalah rumah yang tidak berpenghuni atau lama ditinggalkan.

“Ia menyebabkan rumah tidak diselenggara dengan baik sehingga berisiko menjadi pembiakan Aedes dan kurang kerjasama penduduk sewaktu aktiviti kawalan dari rumah ke rumah dijalankan anggota kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, bermula tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri memperkenalkan kod imbasan (QR) pemeriksaan tempat pembiakan Aedes kendiri untuk menggalakkan penduduk memeriksa tempat pembiakan nyamuk berkenaan di kediaman sendiri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini