comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus

Foto hiasan

ALOR SETAR: Kedah merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata keadaan itu bagaimanapun masih terkawal apabila tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 82 wabak direkodkan berbanding 18 bagi tempoh sama tahun lalu. Daripada 82 wabak denggi yang dilaporkan, 57 wabak sudah tamat, 24 masih aktif dan satu wabak ‘hotspot’.

 

“Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Mac juga, sebanyak 74,257 premisdiperiksa dan 1,812 kompaun dengan nilai RM885,917dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mohd Hayati berkata dengan peningkatan jangkitan denggi di negeri Kedah pembabitan masyarakat dalam usaha kawalan wabak dan kes adalah mustahak.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Kedahdiadakan, semalam bagi meningkatkan kerjasama pelbagai agensi dalam usaha kawalan dan pencegahan denggi.

“Masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing.

“Masyarakat diharapkan dapat memberi kerjasama kepada petugas kesihatan bagi menjalankan semburan ruang termal dalam premis kediaman masing-masing,” katanya.

Loading...
Terkini