comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes denggi di Kedah meningkat kepada 1,161

ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan apabila sebanyak 1,161 kes direkodkan setakat Sabtu lalu, berbanding hanya 464 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo, berkata jumlah kes denggi didapati naik 150.2 peratus dengan dua kematian turut dilaporkan berlaku.

“Sehingga 12 November lalu, bilangan wabak meningkat kepada 90 berbanding 17 bagi tempoh sama tahun lalu dan daripada jumlah wabak yang dilaporkan, terdapat enam lokasi panas yang berjaya dikawal, sembilan wabak masih aktif dan 75 wabak lagi sudah tamat.

Foto: NSTP

“Dalam tempoh itu, sebanyak 300,932 premis diperiksa dan 5,404 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 dengan nilai lebih RM2.59 juta kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Othman berkata, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan bagi semua kes dan wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan.

Beliau berkata, risiko kejadian demam denggi di negeri Kedah adalah tinggi berdasarkan kekerapan hujan dan pergerakan manusia yang tinggi.

“Untuk membendung penyakit denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk di Kedah ketika musim hujan seluruh anggota masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab dengan melaksanakan aktiviti membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan

tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing setiap minggu.

“Antara aktiviti kawalan vektor yang dilakukan membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan,” katanya. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini