comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes GISBH: PM minta rujuk khutbah Jumaat

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KLANG: Ketika ditanyakan mengenai isu Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pihak media untuk merujuk khutbah Jumaat hari ini.

“Dengar khutbah, khutbah dah ulas,” katanya ketika ditemui seusai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Terdahulu beliau bersama jemaah di masjid terbabit diperdengarkan khutbah bertajuk ‘Kenapa GISBH buat begini kepada kanak-kanak?’

Khutbah berkenaan disampaikan Pengurus Masjid yang juga Imam Satu Masjid Sultan Abdul Aziz Pulau Indah, Mohd Asyraf As’ad Zainuddin.

Khutbah pada hari ini turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah suatu amanah daripada Allah untuk dijaga kemuliaan dan kebajikan mereka.

“Ibu bapa serta penjaga termasuk rumah amal bertanggungjawab untuk mencorak masa depan yang baik untuk anak-anak.

“Malah bertanggungjawab mewujudkan kehidupan yang baik serta persekitaran yang selamat untuk anak-anak sepanjang masa,” kata Mohd Asyraf ketika membacakan teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini