comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Kes Jana Wibawa: ‘Datuk Roy’ dihadapkan ke mahkamah esok

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang individu dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ akan didakwa dengan tuduhan dipercayai berkaitan kes Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut laporan sebuah portal, peguam lelaki itu, Fahmi Abd Moin memberitahu pertuduhan akan dibuat bawah mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, ia akan membabitkan tiga tuduhan iaitu kesalahan meminta, menerima, atau bersetuju untuk menerima suapan untuk diri sendiri atau orang lain sebagai dorongan atau ganjaran atas sesuatu transaksi yang akan berlaku.

Dua pertuduhan itu akan dibacakan di hadapan hakim Azura Alwi manakala satu lagi pertuduhan di hadapan seorang lagi hakim Suzana Hussin.

13 Mac lalu, ‘Datuk Roy’ ditahan selepas menyerah diri kepada SPRM selepas dia dikehendaki untuk membantu siasatan kes Skim Jana Wibawa.

Dia kemudiannya dikenakan perintah reman beberapa kali oleh mahkamah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pihak berkuasa setakat ini sudah mendakwa tiga ahli politik termasuk bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan berhubung skim berkenaan.

Dilancarkan pada 2020, Skim Jana Wibawa diwujudkan sebagai satu cara untuk membantu kontraktor bumiputera yang terjejas semasa pandemik COVID-19.

Loading...
Terkini