comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Jangkitan HIV Turun 70 Peratus

SUNGAI BULOH: Kes jangkitan HIV di negara ini menurun 70 peratus di antara tahun 2002, yang mana kadar notifikasi adalah tertinggi dengan 28.5 kes per 100,000 penduduk berbanding tahun lalu dengan kadar notifikasi 8.4 kes per 100,000 penduduk.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan Datuk Doktor Asmayani Khalib berkata, ia adalah usaha selama lebih tiga dekad Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pencegahan, kawalan dan rawatan Anti-retroviral (ARV).

Selain itu, bilangan kanak-kanak di bawah 13 tahun yang dijangkiti HIV juga semakin berkurangan dari 86 kes pada 2000 kepada 10 kes pada 2021.

Justeru, ujar Datuk Doktor Asmayani usaha untuk memastikan mereka yang hidup dengan HIV menerima rawatan ARV secara percuma, perlu digandakan.

FOTO: Harian Metro

Sehingga akhir tahun lalu, 128,638 orang dijangkiti HIV sejak kes pertama dilaporkan pada 1986 dengan 60,816 orang meninggal dunia.

Melalui rawatan ARV, pesakit HIV akan dapat mengurangkan jumlah virus dalam badan, selain mengurangkan transmisi jangkitan khususnya transmisi melalui seksual hingga kepada lebih 95 peratus.

Loading...
Terkini