comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes jual beli bayi: Reman dua beranak disambung 

Rakaman CCTV menunjukkan dua beranak yang melarikan bayi milik wanita warga Indonesia.

AMPANG : Tempoh reman ke atas dua beranak serta seorang wanita Indonesia yang dipercayai terbabit dengan urusan jual beli bayi serta melarikan bayi di sebuah kedai di Jalan Ampang, Jumaat lalu, yang sepatutnya tamat hari ini, disambung tiga hari lagi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun .

“Reman pertama ketiga-tiga suspek berkenaan tamat hari ini dan disambung lagi reman selama tiga hari.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro melaporkan seorang wanita warga Indonesia bagaikan histeria apabila bayinya dilarikan oleh dua beranak dalam kejadian di sebuah kedai barangan bayi di Jalan Ampang, di sini, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, insiden berkenaan turut mendedahkan perbuatan wanita itu yang mahu menjual bayi lelaki berusia 15 hari kepada dua beranak terbabit.

Seorang pekerja kedai yang enggan dikenali dipetik berkata, tiga wanita itu dilihat memasuki premis berkenaan kira-kira jam 7 malam pada hari kejadian.

Menurutnya, wanita Indonesia itu kemudian meminta seorang daripada dua beranak itu memegang bayi yang sedang menangis, sementara dia memilih pakaian.

Beberapa minit kemudian, wanita yang membawa bayinya dilihat keluar dari kedai dan menaiki kereta dipandu seorang lagi wanita yang bersamanya sebelum itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini