comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes kartel kerja di kem TLDM: SPRM tahan 2 lagi individu termasuk seorang pegawai TLDM

Foto hiasan

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pegawai TLDM dan seorang pemilik syarikat bagi membantu kes sindiket kartel kerja perolehan sebuah kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kedua-dua suspek lelaki berusia 42 dan 55 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Johor di sini kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi keterangan.

Sebelum ini, SPRM telah menahan 3 individu atas kesalahan membuat tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 buah syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem TLDM membabitkan nilai keseluruhan lebih RM9 juta.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek akan direman di Mahkamah Majistret di sini pagi esok.

Loading...
Terkini