comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes rogol budak bawah umur meningkat – Shuhaily

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Kes rogol membabitkan kanak-kanak bawah umur meningkat secara konsisten sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Susulan peningkatan itu, beliau membangkitkan mengenai peningkatan akses kepada pornografi di media sosial sebagai antara punca.

Memberi contoh kes rogol beramai-ramai kanak-kanak berusia sembilan tahun di Kelantan pada tahun lalu, katanya polis tidak dapat meneruskan kes itu berikutan semua suspek berumur bawah 10 tahun menyebabkan mereka dikecualikan daripada tuduhan jenayah.

“Suspek semua berusia bawah 10 tahun tahun dan siasatan kami mendapati, mangsa bersetuju (melakukan hubungan seks) kerana mahu membayar balik hutang.

“Memandangkan semua yang terbabit berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan kerana tiada liabiliti jenayah… Timbalan pendakwa raya dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2024 di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kes itu, Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati mangsa bersetuju (melakukan hubungan seks) kerana mahu membayar balik hutang.

“Ia kerana dia (mangsa) tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli pemadam baru dan bersetuju melakukan seks sebagai ganti,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, jumlah kes membabitkan mangsa bawah umur meningkat setiap tahun terutama selepas pandemik COVID-19

“…kerana ramai orang berurusan melalui media sosial dan selepas ia (COVID-19) berakhir, semuanya (kes) meningkat.

“Polis juga bimbang dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah sosial,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini