comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes simbah asid: Polis sedang siapkan fotofit suspek

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dalam proses menyiapkan fotofit atau lakaran wajah suspek bagi kes simbah asid pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia akan dibuat pada hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain merasmikan Sambutan Hari Autisme di Pusat Autisme Pengaman, PULAPOL

“Buat masa ini, kita akan buat fotofit, daripada situ mungkin kita akan dapat kumpul lagi maklumat melalui fotofit itu selain pengambilan cap jari seperti yang kita lakukan dalam kes Zayn Rayyan. Kita serius mengenai perkara ini.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Autisme di Pusat Autisme Pengaman, PULAPOL, ibu negara, pagi tadi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain; Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa; Pengerusi Jawatankuasa Pusat Autisme Pengaman PDRM, Tan Sri Hussin Ismail dan Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Azmi Abu Kassim.

Tambah Tan Sri Razarudin, mereka sudah rakam percakapan lebih 12 orang termasuk keluarga, ipar mangsa, mangsa sendiri, pengawal keselamatan, doktor dan beberapa saksi berkepentingan.

“Dalam siasatan ini kita perlulah bertindak adil, kita tidak boleh tangkap orang sesuka hati”

Dalam pada itu, beliau mengulangi komitmen PDRM dalam memastikan keamanan dan ketenteraman pengundi yang akan keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, hari ini.

“Kalau ikut susun atur anggota-anggota dan pegawai yang kita dah tetapkan di saluran dan bilik gerakan, anggota yang bertugas sebelum, semasa dan selepas PRK ini, saya sangat yakin dengan keamanan dan ketenteraman kepada pengundi-pengundi ini.

“Kita pun dah experience banyak kali. Apa pun komander buat masa ini ialah Ketua Polis Selangor sendiri, dan selepas ini pun saya akan turun sendiri melawat petugas-petugas terutama di saluran-saluran hotspot di sini.”

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini