comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes Tanah Rizab Melayu: SPRM belum terima laporan di negeri lain, kecuali Perak – Azam Baki


Oleh: Fareez Azman 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima sebarang laporan berkaitan Tanah Rizab Melayu di negeri lain kecuali di Perak.

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, pihaknya akan menyiasat sekiranya terdapat salah laku berhubung Tanah Rizab Melayu.

“Kes di tempat lain, belum lagi terima kita di sini (SPRM). Kes terpencil berlaku di Perak sahaja.

“(SPRM) Belum ada terima maklumat negeri lain,”jelasnya.

Bagaimanapun tegas Azam, sekiranya terdapat pihak yang menukar status tanah Rizab Melayu kepada pegangan bebas secara jenayah, tindakan akan diambil.

“Kami sedang kerja sekiranya ada maklumat laporan diterima berhubung penyelewengan hal-hal secara jenayah menukar status tanah Rizab Melayu kepada freehold (pegangan bebas)

“Ini satu kesalahan jenayah sudah tentu kita akan lakukan siasatan,”jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyaksikan Majis Prapelancaran Projek Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Intergriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM-ITBM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Semalam, seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat hartanah direman selama empat hari kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai kerajaan berhubung tanah Rizab Melayu di Perak.

Ia melibatkan tanah seluas 650 hektar yang ditukar status kepada bukan Rizab Melayu di mukim Setiawan, Manjung, Perak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini