Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes tular ‘supercar’: Datuk mengaku tidak bersalah bahayakan pemandu lain 

KOTA TINGGI: Ahli perniagaan berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara merbahaya kenderaan mewah jenis Lamborghini sebagaimana tular 29 Julai lalu.Kejadian yang direkodkan orang awam itu berlaku di kilometer 54.5 sehingga kilometer 55.5 Jalan Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi, Johor.

Foto: Ihsan PDRM

Tertuduh, Datuk Lim Thean Seng, 65, membuat pengakuan di hadapan Majistret Kota Tinggi, Rashidah Baharom, pagi tadi.

Mengikut pertuduhan dia didapati memandu kereta jenis Lamborghini Huracan Coupe, nombor pendaftaran KV 2369 E secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada individu lain.

Foto: Ihsan PDRM

Kes didakwa mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara hingga enam bulan atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah mengarahkan tertuduh diikat jamin RM7,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Khairuddin Khalid.

Tertuduh diwakili peguam, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan.

Sebutan semula kes, 5 September depan.

Foto: Ihsan PDRM
Loading...
Terkini