Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kesatuan Eropah perlu akui negara pengeluar minyak sawit yang patuh EUDR

 

Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) digesa untuk memperakui dan mengiktiraf usaha negara-negara pengeluar minyak sawit, dalam menepati pematuhan terhadap Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara terbabit selain Malaysia adalah Indonesia dan Thailand yang mengambil langkah-langkah agresif dan bertanggungjawab untuk mematuhi peraturan itu.

“Sewajarnya EU mengiktiraf perkara ini dan menunjukkan sedikit penghargaan, bukan  mencari kesalahan lama.

“Perdana Menteri Thailand yang baharu telah memberi jaminan kepada saya bahawa Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia dan Indonesia dan diharapkan negara-negara lain akan turut serta dalam membentangkan kes ini, terutamanya kepada EU,” katanya dalam ucaptama di Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023), di sini.

Tambah beliau, hampir 100 peratus ladang dan kilang kelapa sawit di Malaysia telah diperakui mampan di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO).

Dalam pada itu katanya, Belanda turut memberi jaminan untuk memahami pengeluaran minyak sawit oleh negara pengeluar.

Pada majlis itu, hadir sama Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini