comscore
Tumpuan :
Nasional

Keselamatan Siber: Malaysia perkukuh usaha ketika mempengerusi ASEAN

Foto: NSTP

SINGAPURA: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber, terutama apabila ancaman ini semakin bersifat rentas sempadan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Malaysia juga akan memperhebatkan kerjasama, menyelaraskan usaha global, dan meningkatkan kolaborasi dengan rakan dialog ketika kumpulan serantau itu merangka kitaran lima tahun seterusnya bagi Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN.

“ASEAN telah meletakkan asas kukuh dengan dua fasa Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN (2017-2020 dan 2021-2025).

“Kami juga menantikan pelancaran Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Serantau ASEAN (CERT) yang akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pertukaran maklumat yang tepat pada masanya dan menyelaraskan tindak balas kolektif serantau terhadap insiden siber,” katanya pada Isnin malam.

Beliau menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW), anjuran Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).

CERT Serantau ASEAN, yang bertujuan untuk mempromosikan dan memudahkan perkongsian maklumat berkaitan tindak balas insiden siber serta melengkapi usaha operasi CERT kebangsaan di setiap negara anggota, dijangka dilancarkan pada SICW minggu ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini