comscore
Tumpuan :
Nasional

Ketua Pembangkang PN, pakar semak dan imbang

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang yang bakal dilantik Perikatan Nasional (PN) adalah seorang pemimpin yang mempunyai kepakaran terbaik dalam semak dan imbang di Parlimen.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, berkata setakat ini beliau tidak boleh mendedahkan siapa pemimpin yang akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang, namun menjelaskan, ia sudah dipersetujui oleh semua parti komponen.

“Tunggu pengumuman parti kerana saya tidak boleh mendahului parti.

“Tetapi yang pastinya beliau sudah mendapat mendapat persetujuan parti komponen untuk menjadi Ketua Pembangkang. Malah saya sendiri yakin beliau mampu menawarkan semak dan imbang dengan baik,” katanya kepada pemberi selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, hari ini.

Semalam Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan mengumumkan nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember ini.

Dalam perkembangan itu, Wan Ahmad Fayhsal turut menafikan bahawa terdapat pakatan untuk menggagalkan Kerajaan Perpaduan sebaliknya menegaskan, ketetapan PN adalah sebagai parti pembangkang.

“Kita menghormati keputusan Yang Dipertuan Agong bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan kami membuat ketetapan PN adalah pembangkang. Keputusan politik ini adalah untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Ditanya mengenai undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata PN mengikuti setiap peraturan mesyuarat di Parlimen.

“Tetapi tengoklah macam mana undian speaker nanti,” katanya.

Dalam perkembangan itu, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil keputusan meninggalkan PN, baru-baru ini.

Loading...
Terkini