comscore
Tumpuan :
Nasional

Ketua Polis Balai Kempas dukung mangsa terperangkap banjir

JOHOR BAHRU: Demi tanggungjawab, Ketua Polis Balai Kempas Inspektor Abdul Hai Salleh meredah banjir dengan mendukung seorang mangsa yang berkerusi roda .

Menurusi perkongsian Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara Abdul Hai bersama beberapa anggotanya bertungkus lumus membantu memindahkan mangsa banjir dari Kampung Tawakal ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru, Skudai.

Mangsa, seorang perempuan yang telah berusia tidak mampu mengharungi air banjir akibat sakit dan berkerusi roda.

Demi menyelamatkan mangsa Abdul Hai bertindak mendukung mangsa dari rumah ke trak polis sebelum dibawa ke balai raya berkenaan.

Daerah Johor Bahru yang pulih dari banjir beberapa hari lalu kembali dilanda banjir akibat hujan lebat dan berterusan sejak awal pagi ini.

Setakat jam 10 malam ini seramai 905 penduduk daripada 277 keluarga di daerah ini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa banjir di enam daerah yang terjejas di Johor turut meningkat kepada 3,744 penduduk daripada 1,075 keluarga yang ditempatkan di 45 PPS.

Loading...
Terkini