comscore
Tumpuan :
Dunia

Ketua Polis Indonesia syukur terima Anugerah Panglima Gagah Pasukan Polis Malaysia

FOTO: Ihsan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/ Facebook

JAKARTA: Ketua Polis Negara Indonesia Listyo Sigit Prabowo melahirkan rasa syukur atas penerimaan anugerah “Panglima Gagah Pasukan Polis” dari Malaysia, menyatakan ia menunjukkan komitmen kuat pasukannya untuk mengekalkan keselamatan di rantau ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah itu di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu, anugerah itu juga menghargai kerjasama berterusan antara Polis Indonesia dan Polis Diraja Malaysia.

Dalam hantaran di Instagram, Listyo, 55, merakamkan ucapan terima kasih atas pengiktirafan itu, dengan menyatakan: “Saya berharap anugerah ini dapat memotivasikan semua anggota untuk meningkatkan prestasi mereka bagi merealisasikan Polis Negara Indonesia yang lebih ‘PRESISI’.”

Sejak memegang jawatan pada 27 Jan 2021, Listyo melaksanakan program “PRESISI”, yang menekankan pendekatan ramalan, pendekatan kepolisan yang menjangkakan dan mencegah potensi aktiviti jenayah sebelum ia berlaku; bertanggungjawab; kepolisan yang telus dan saksama.

Inisiatif utama dalam program itu bertujuan untuk memastikan keselamatan dalam menyokong matlamat pembangunan negara dan untuk menggalakkan kepimpinan yang berfungsi sebagai teladan.

Sebelum ini Ketua Polis Negara Indonesia termasuk Jeneral (Bersara) Dibyo Widodo, Jeneral (Bersara) Timur Pradopo dan Jeneral (Bersara) Tito Karnavian, juga menerima anugerah yang sama. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini