comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ketumbuhan otak agresif: Kanak-kanak 4 tahun perlu bantuan RM6 juta

 

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap 4, Glioblastoma Multiforme (GBM), memerlukan bantuan segera RM6 juta.

Ia bagi mendapatkan rawatan pakar di luar negara berikutan dikategorikan sebagai penyakit jarang jumpa atau ‘rare disease’ terutama buat kanak-kanak.

Menurut Ibunya, Mas Hazirah Saifuddin, 33 tahun, anaknya itu disahkan menghidap penyakit berkenaan oleh doktor pakar tempatan pada Januari lalu.

“Dua hari sebelum didiagnos tu Luth kerap jatuh dan saya bawa ke klinik untuk minta refer ke pakar, sewaktu itu pakar buat MRI kita find out Luth ada tumor bersaiz 6 centimeter.” katanya ketika ditemui Buletin TV3, di sini, siang tadi.

Ujarnya, Luth telah menjalani pembedahan membuang tumor pada akhir Januari lalu, namun ia dikesan masih aktif dan agresif sehingga mengganggu tahap kesihatannya yang kian merosot.

“Apa yang saya tahu di Malaysia perubatan adalah terhad. Jadi saya terpaksa bawa anak saya ke luar negara kerana terdapat beberapa pasukan doktor pakar yang berpengalaman untuk merawat tumor ini.

“Saya rasa setiap ibu yang terdesak akan melakukan yang terbaik untuk anaknya jadi untuk mendapatkan rawatan di tempat yang terbaik.

Mas Hazirah Saifuddin

“Selain itu saya telah keluarkan semua simpanan saya untuk kos perubatan di luar negara tetapi tidak mencukupi.”

Ibu tunggal 3 anak ini memaklumkan, Luth kini ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta dan terpaksa ditidurkan buat sementara waktu bagi merehatkan aktiviti otaknya.

“Saya dengan rendah hatinya meminta jasa baik semua.

“Saya seorang ibu yang terdesak yang nak anak saya sihat sama-sama menyelamatkan nyawa anak saya.

“Saya yakin semua ibu tahu apa yang saya alami yang nak menyelamatkan nyawa anak saya lakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan kepada Allah SWT.”

Bagi yang prihatin, bantuan boleh disalurkan menerusi laman sesawang tertera : – https://bantuan.hollow-web.com

Loading...
Terkini