comscore
Tumpuan :
Nasional

Khairy Ke Thailand Teliti Dasar Kanabis, Jumpa Pemain Industri

Foto: Facebook KKM

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memulakan lawatan kerja dua hala kesihatan di Thailand hari ini sebelum menghadiri Mesyuarat Peringkat Tertinggi Kesihatan dan Ekonomi APEC pada 25 Ogos 2022.

Dalam rangka kerjanya itu beliau antara lain untuk melihat sendiri dasar penggunaan kanabis dalam kesihatan dilaksanakan negara berkenaan.

Beliau dijangka melawat Pejabat Farmaseutikal Kerajaan (GPO) esok selain bertemu pemain penting industri kanabis dan ketum di Thailand dan mengunjungi Siam Cannabis Land pada Rabu.

“Beliau akan melihat kaedah penanaman indoor and outdoor, rumah hijau dan bilik pengeringan”, menurut hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Julai lalu, Khairy memaklumkan bahawa satu rangka kerja berhubung pendaftaran produk cannabidiol (CBD) tertentu akan diumumkan.

Lawatan dua hala ini penting untuk KKM meneroka potensi penggunaan kanabis dan ketum dalam bidang kesihatan serta merangka strategi kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaannya.

Thailand adalah negara pertama di Asia Tenggara yang memberi kelonggaran undang-undang dan membenarkan kanabis untuk digunakan bagi tujuan perubatan.

Lawatan dua hala kesihatan ini juga akan menjadi platform terbaik KKM untuk pendedahan dan penelitian berhubung kajian-kajian antarabangsa berkaitan kanabis atau ketum termasuk hasil dapatan ujian-ujian klinikal kanabis untuk tujuan kesihatan.

Loading...
Terkini