Tumpuan :
Nasional

Kilang barangan kitar semula terbakar di Simpang Pulai

FOTO: Ihsan JBPM Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

IPOH: Sebuah kilang pemprosesan barangan kitar semula di Kawasan Perindustrian Tung Zen, di Simpang Pulai, musnah dalam satu kebakaran.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima makluman mengenai insiden kebakaran itu kira-kira jam 10.14 pagi.

Jentera dan anggota yang tiba di lokasi empat minit kemudian mendapati kebakaran melibatkan barangan getah dan plastik.

Menurutnya, kilang itu mengalami kemusnahan struktur sehingga 80 peratus, dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Tindakan pemadaman dilakukan dengan menggunakan empat aliran dan lapan pancutan sumber air dari pili bomba, water tanker dan jentera bomba sehingga kebakaran dapat dikawal.

Kerja-kerja pemadaman dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, BBP Pasir Putih dan BBP Gopeng.

Selain itu bantuan juga diterima dari Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru dan Menglembu.

Operasi terkawal pada jam 11.00 pagi dan tindakan pemadaman dijalankan ketika ini dengan memasuki fasa ‘overhaul’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini