comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang pengedar stoking kalimah Allah diarah tutup kerana langgar syarat – MPBP

BATU PAHAT: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen perniagaan syarikat pengedar stoking tertera kalimah Allah, Xin Jian Chang Sdn Bhd yang beroperasi di kawasan perindustrian Sri Gading dekat sini, petang semalam.

Notis penutupan syarikat berkenaan diserahkan kepada Pengarah Urusan syarikat terbabit, Soh Hui San, di Aras 14, Menara MPBP.

Turut menyaksikan penyerahan notis berkenaan adalah Yang Dipertua MPBP, Ezahar Sairin, selain Ketua Whip, Timbalan dan Ahli Majlis MPBP.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MPBP, tindakan itu diambil mengikut undang-undang kecil 13(2) dan undang-undang kecil perlesenan tred, perniagaan dan perindustrian MPBP 2016.

Syarikat itu didapati telah melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan MPBP, iaitu sebagai stor dan pengedar kasut.

Difahamkan arahan menutup kilang berkenaan berkuatkuasa semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini