comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang percetakan terbakar, 2 maut

Foto ihsan bomba

BANGI: Sebuah kilang percetakan terbakar di Taman Industri Selaman, Bangi di sini, hari ini.

Dua pekerja warga Bangladesh ditemukan maut, manakala empat yang lain terselamat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Selangor menerima panggilan kebakaran itu pada 4.14 pagi.

Justeru seramai 23 anggota dan 13 pegawai bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Bangi, BBP Kajang, BBP Semenyih dan BBP Serdang ke lokasi kejadian untuk tindakan pemadaman dan penyelamatan.

“Kebakaran membabitkan sebuah kilang percetakan.“Pemadaman dilakukan secara offensive fire fighting iaitu pemadaman secara terus ke dalam bangunan oleh anggota bomba. Kebakaran membabitkan kertas kitar semula yang terdapat di dalam bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Md Razali berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 4.48 pagi dan dipadamkan sepenuhnya dua minit kemudian.

“Terdapat enam mangsa warga Bangladesh yang terperangkap diselamatkan oleh pihak bomba.

“Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia akibat terhidu asap disebabkan kawasan kilang yang tiada ruang pengudaraan,” katanya.

Loading...
Terkini