comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang terbakar, alami 20 peratus kemusnahan

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Sebuah kilang dipercayai terlibat dengan kerja-kerja pemprosesan plastik alami kebakaran, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I, Ismail Mohd Zain dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dilaporkan sekitar jam 9.05 minit malam, di Jalan Perusahaan Sungai Tukang, Taman Enggang di sini.

“Kebakaran melibatkan kilang yang tidak beroperasi kelas A, dan tidak melibatkan mangsa. Kejadian mengakibatkan kemusnahan hampir 20 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan itu.”

“Seramai 14 anggota dari BBP Sungai Petani dan BBP Tikam Batu dikerah bagi membantu memadam kebakaran, serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran,” katanya.

Kebakaran itu katanya berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 9.41 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini