comscore
Tumpuan :
Nasional

Kisah penduduk Cina buka jalan bantu pulang beraya, teladan semangat muhibah

Anda juga boleh dapatkan entri Wira Hatiku dengan klik pada gambar atau scan QR code tertera.

Oleh: Hanis Aqilah binti Mohd Noor / Stringer

PETALING JAYA: Menjelang akhir Syawal, ramai yang masih memilih untuk pulang ke kampung mahupun memenuhi jemputan beraya di kota.

Ketika ada yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas, ada juga dalam kalangan masyarakat Malaysia yang prihatin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pengguna jalan raya ketika pulang ke kota.

Wira Hatiku kali ini berkongsi kisah sekumpulan penduduk Cina yang membantu pengguna jalan raya yang menggunakan ‘jalan tikus’ di Ladang Bikam ketika pulang ke ibu kota pada Syawal keempat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kg. Baru Pelawan, Chin Yoon Kwong

Menceritakan semula detik 10 malam itu, Chin Yoon Kwong, 62 tahun, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kg. Baru Pelawan serta rakan-rakannya yang lain tidak teragak-agak membantu pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan setelah berpatah balik akibat keadaan jalan yang rosak dan berbukit.

Kata Chin Yoon Kwong kepada Buletin TV3, apabila dapat tahu jalan tidak dapat digunakan kerana jalan yang tidak terturap, mereka mengambil keputusan untuk membantu dengan meratakan jalan sejauh 3 kilometer itu menggunakan jentolak untuk membuka jalan baharu dalam kebun kelapa sawit kepada pengguna jalan raya berkenaan.

Berkat bantuan sekumpulan penduduk Cina berkenaan itu telah memudahkan orang Melayu pulang ke kota.

Kumpulan penduduk Cina yang ditemui itu turut berkata, mereka gembira dapat membantu memudahkan perjalanan puluhan kereta melalui jalan ladang kelapa sawit itu.

Ujar mereka, balasan bukanlah sesuatu yang diharapkan sebaliknya sekadar ikhlas menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

“Sesiapa saja yang minta tolong, kita akan bagi pertolongan tidak mengira bangsa, kaum dan agama, kita akan tolong” kata Chin Yoon Kwong.

Sikap positif itu turut menarik perhatian penduduk lain yang mahu ia dijadikan teladan buat semua.

Wakil penduduk Pasir Salak, Mohamad Maharani Md Tasi

Wakil penduduk Pasir Salak yang ditemui Buletin TV3 berkata, sikap kemanusiaan yang tinggi ini patut dicontohi oleh rakyat Malaysia.

“Tidak ada siapa yang mendorong mereka malahan kita tabik kepada mereka, mereka mempunyai sikap kemanusiaan yang tinggi, mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang baik yang patut dicontoh oleh rakyat Malaysia” katanya.

Di sebalik pengalaman meletihkan yang menjadi asam garam tradisi masyarakat Malaysia, kita sebenarnya ‘berpeluang’ menyaksikan sisi positif yang mungkin terlindung ekoran pelbagai kontroversi membabitkan isu agama dan kaum melanda tanah air.

Apa yang penting, ia jelas memperlihat sikap berbudi itu sebenarnya tidak mengenal perbezaan agama serta kaum.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini