comscore
Tumpuan :
Nasional

Kisah penternak Dhab dan pemulihan terumbu karang di Majalah 3

Foto hiasan

PETALING JAYA: Bermula dengan hanya sepasang dhab atau biawak padang pasir yang di bawa dari Mesir kira-kira 30 tahun lalu, kini seorang penternak tempatan mewujudkan sebuah pusat penternakan dan pemuliharaan haiwan berkenaan.

Azhar Mohamad Shafawi yang juga bekas guru agama sekolah menternak dhab di laman rumah sendiri di Taiping bagi tujuan komersial.

Foto hiasan

Selain dijadikan sebagai makanan, penduduk di negara Timur Tengah terutama orang Arab Badwi percaya dhab mempunyai khasiat kesihatan.

Menurut Azhar, proses penyembelihan haiwan berkenaan mengambil masa yang lama.

Foto hiasan

“Kalau sembelih dhab ini, jika bermula pukul 9 pagi, pukul 12 tengah hari atau 1 petang nanti barulah ia mati. Kalau di Mesir atau di padang pasir, cuaca yang panas pula memakan masa lebih lama. Jika disembelih malam ini, kadang-kala pagi esok baru ia mati.

“Dhab boleh hidup 100 ke 150 tahun. Malah, ada yang cakap hingga ke 200 tahun,” katanya lagi.

Foto hiasan

Rasa daging dhab juga sering disamakan dengan daging arnab, mahupun burung merpati atau puyuh.

Azhar menambah, tekstur daging dhab pula agak liat terutamanya yang bersaiz besar.

 

Foto hiasan

Sementara itu, di Terengganu pula, keresahan yang terpalit tatkala melihat kemusnahan ekosistem marin di Pulau Redang menyebabkan sekumpulan anak muda bangkit untuk memperkasakan inisiatif pemulihan terumbu karang di pulau tersebut

Misi yang diketuai ahli biologi marin, Asma, membuat aktiviti pemulihan terumbu karang di sekitar pulau berkenaan.

Foto hiasan

Lebih kurang 5 tahun lalu, ekosistem terumbu karang di Pulau Redang mengalami kemusnahan teruk akibat dilanda Taufan Pabuk.

Situasi ini kian meruncing dengan limpahan pelancong yang tiba di pulau tersebut dengan melakukan aktiviti snorkeling tanpa mengikut garis panduan sepatutnya.

Foto hiasan

Pemulihan terumbu karang menggunakan pendekatan penanaman karang menggunakan pelekatan serpihan karang pada kerangka besi di dasar laut.

Langkah ini merupakan pelan terbaik dalam memastikan kelestarian ekosistem terumbu karang dapat diteruskan dan dikekalkan untuk generasi akan datang.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ‘Dhab’ dan ‘Laman Jiwa Karang’, saksikan Majalah 3 pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini