comscore
Tumpuan :
Nasional

Kita akan tetapkan pendirian selepas hakim Mahkamah Tentera buat keputusan – Saifuddin

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan  mengikut rapat proses di mahkamah tentera yang sedang berjalan, dalam usaha membawa pulang dua rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Teluk Guantanamo di Cuba.

Saifuddin sebelum ini dilapor menjelaskan  usaha membawa pulang dua rakyat Malaysia itu ada dibincangkan beliau dalam pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow, di New York baru-baru ini

“Hakim belum buat sebarang keputusan. sehingga keputusan itu dibuat, kita akan menetapkan pendirian kita yang seterusnya,” katanya.

Dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006.

Pada 16 Januari lalu, Nazir, 46, dan Farik, 48, mengaku bersalah bersubahat dalam serangan bom di Bali pada Oktober 2002, selepas 20 tahun dikurung tanpa perbicaraan di Teluk Guantanamo, Cuba.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini