comscore
Tumpuan :
Nasional

“Kita mahu laksanakan subsidi bersasar, bukan subsidi tersasar” – Ahmad Maslan

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menolak kemungkinan subsidi bersasar bagi RON95 dan diesel akan diumumkan dalam bajet 2024.

Katanya, kerajaan kebiasaannya akan membuat pengumuman berkaitan dasar utama pada pembentangan bajet yang dilaksanakan pada hujung tahun.

“Kebiasaannya perkara-perkara besar yang kita nak buat pada tahun selepasnya akan dimasukkan dalam ucapan bajet.

“Bajet 2023 pun baru selesai, jadi kita belum fikir lagi untuk untuk bajet tahun depan, tetapi biasanya perakar utama untuk tahun depan itu biasanya diumum dalam bajet bulan 10, bulan 11,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali Mengenai Cukai Atas Pendapatan Pencegahan Pelarian dan Pengelakan Cukai antara Malaysia dan Maldives.

Katanya, kerajaan masih memperhalusi kaedah subsidi bersasar yang akan dilaksanakan terhadap kedua-dua bahan bakar terbabit.

“Walau bagaimanapun, keputusan subsidi bersasar itu memang sudah dibuat bahawa kita perlu mengadakan subsidi bersasar, kita tidak boleh mengadakan subsidi tersasar, sekarang ini tersasar, kita ingin bersasar.

“Keputusan itu secara prinsip dan dasar sudah ada, bagaimana kaedah terperincinya belum dapat diputuskan.

“Sama ada menggunakan kad pengenalan, kad khas, sama ada menggunakan cc kereta belum diputuskan, sama ada menggunakan senarai T20, M40, B40, itu antara perkara yang dipertimbangkan,” katanya.

Loading...
Terkini