comscore
Tumpuan :
Nasional

Kitar semula sisa sampah jadi bermutu

PETALING JAYA: Inisiatif dilakukan mengurangkan sisa sampah yang terkumpul daripada dibuang terus ke tapak pelupusan sampah.

Bagi mencapai tujuan itu, 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan, NGO bergabung tenaga membina sebuah lokasi khas yang memberi pendidikan kitar semula kepada masyarakat.

PJ Eco Recycling Plaza, sebuah plaza tiga tingkat yang siap dibina pada 2022, lokasi NGO menjadi rakan strategik, memproses semula barangan kitar semula yang diletakkan di kawasan yang disediakan.

Tujuannya mudah, agar barangan kitar semula dijana sebagai satu produk baharu dan dijual dengan harga berpatutan sekaligus membuka peluang kerjaya bagi golongan B40.

Lokasi sama turut memberi ruang kepada kanak-kanak mempelajari proses dan kebaikan kitar semula.

Aktiviti lain turut dilakukan adalah mengubah botol-botol plastik dan botol kaca sebagai barangan asas mencipta produk baharu.

Sebaik proses tertentu dilakukan, pasir dari botol kaca yang dikitar akan dicipta menjadi produk lain antaranya pemegang lilin, pasu kecil dan gelas.

Kreativiti mencipta meja, kerusi dan dinding membuahkan hasil daripada botol plastik yang dikumpulkan.

Teknik lain digunakan termasuk menukarkan plastik kepada barangan harian.

Beg-beg yang dikitar semula akan dijual pada harga berpatutan sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar.

Antara barangan lain yang boleh diperbaiki semula, perabot dan barangan eletrik yang sudah rosak yang boleh dijual kembali dengan harga yang menjana keuntungan.

Loading...
Terkini