comscore
Tumpuan :
Nasional

KJ, keluarga dendang lagu raya

KUALA LUMPUR: Penyampai radio HotFM, Khairy Jamaluddin, 47, mencuri perhatian netizen apabila tampil bermain alat muzik bersama anak-anak dan isteri, Nori Abdullah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram (IG), semalam, Khairy atau lebih akrab disapa KJ, menghiburkan pengikut dengan lagu Suasana Hari Raya yang dipopularkan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam versi yang lebih rancak.

Berdasarkan kapsyen mengiringi perkongsian itu, video raya berjudul Ironwood x Cougiran itu menyaksikan kolaborasi Khairy dan keluarga bersama guru jurusan muzik di akademi muzik, Ironwood.

“Hari raya tahunan dengan kolaborasi bersama guru-guru di Ironwood. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin,” tulis Khairy.

Loading...
Terkini