comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KJ ziarah peminat setia ‘Bekpes Hot’

Oleh Zaid Shah Hemat Zulkarnain

KLANG: Setelah hampir sebulan memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin terus menjadi tumpuan peminat setia segmen ‘bekpes Hot’.

Beliau turun padang mengunjungi peminat warga emas, Rapiei Hassan di kediamannya di Klang, Selangor.

Ia sebagai tanda penghargaan buat warga emas itu yang merupakan peminat setia segmen bersama KJ.

Rapiei, 80, merupakan seorang pesara guru, dia kini memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak selepas diserang penyakit angin ahmar 10 tahun lalu.

Johan, Fara Fauzana dan AG selaku wakil Bekpes Hot turut hadir melawat ke kediaman Rapiei dan mengambil peluang beramah mesra sambil bersarapan bersama.

Khairy berkata, lawatan itu bertujuan merapatkan silaturahim antara stesen radio Hot FM dan pendengar setia mereka.

“Kami sebenarnya telah dapat mesej dari anak beliau bahawa pakcik Rapiei atau cikgu Rapiei selalu dengar rancangan Bekpes Hot FM.

“Kalau boleh nak buat lawatan ziarah dan hari ini saya dan rakan-rakan dari Bekfes (Hot) AG, Johan dan juga Fara. Semua datang ziarah cikgu Rapiei dan dia sangat happy sebab dapat jumpa dengan kita,” katanya.

Tambah khairy, beliau dan rakan penyampai gembira berpeluang menziarahi Rapiei dan merancang untuk menziarahi lebih ramai peminat setia stesen radio popular itu pada masa akan datang

Turut hadir dalam kunjungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran dan wakil pengurusan MPA.

Video Rapiei Hassan yang tular boleh ditonton di Instagram Hot FM https://www.instagram.com/p/Co4hUXSB_Am/

Loading...
Terkini