comscore
Tumpuan :
Nasional

KK Mart Jementah diarah tutup serta merta kerana tak asing minuman keras

SEGAMAT: Kedai serbaneka KK Supermart & Superstore (KK Supermart) cawangan Jementah, dekat sini diarah menutup operasi serta-merta, selepas gagal mengasingkan minuman keras dan minuman biasa di premis itu, semalam.

Arahan itu dikeluarkan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) selepas membuat pemeriksaan yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Hasil pemeriksaan kita menemui minuman keras yang disorok dalam premis tanpa lesen sah daripada MPS sebelum 196 botol minuman keras disita selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017,” katanya dalam satu kenyataan.

Arahan tutup premis itu dibuat selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017, kerana dikesan tiada pengasingan dibuat bagi minuman keras dan minuman biasa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini