comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KKDW cadang bantu prasarana tiga daerah termiskin Sabah

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Tiga daerah termiskin di Sabah, Pitas, Kota Marudu dan Tongod antara tumpuan utama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW) untuk membawa keluar kawasan itu dari kelompok miskin tegar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mengambil kira saranan Kerajaan Negeri Sabah, ia menerusi projek-projek desa termasuk prasarana dan lain-lain kemudahan utiliti.

“Mengenai saranan Ketua Menteri untuk KKDW membantu 3 daerah termiskin di Sabah dengan projek-projek desa termasuk prasarana dan lain-lain kemudahan utiliti iaitu daerah Pitas, Kota Marudu, dan Tongod,”

“Ini ‘game changer’ baharu untuk kami melaksanakan melalui perpincangan kepada kementerian ekonomi dan kewangan merealisasikan hasrat kerajaan negeri ini keluar dari kelompok miskin tegar.”

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama beberapa barisan anggota kabinet negeri dan pegawai kerajaan Negeri Sabah.

Walau bagaimanapun kerangka masa bagi memastikan tiga daerah itu keluar dari kelompok miskin tegar jelas Datuk Seri Ahmad Zahid bergantung kepada cadangan dari kerajaan negeri terutama jawatankuasa teknikal yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri yang akan memperincikan dengan Ketua Setiausaha KKDW.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata selain itu, soal keterjaminan makanan turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan memabitkan estet padi perlu dimajukan di Sabah bagi menentukan bekalan itu seterusnya dikeluarkan sendiri oleh Sabah bagi tujuan domestik namun lokasi dan keluasan projek itu akan dikenalpasti.

Bersandarkan kepada FELCRA yang mempunyai modaliti, pelaksanaan estet padi yang telah dilaksanakan di seberang Perak membabitkan penglibatan penduduk kampung melalui pemegang saham yang membolehkan penduduk memperoleh dividen melalui projek itu selain pembangunan ekonomi kawasan sekitarnya.

“Soal tanah kawasan Kerajaan Negeri kita harus menghormatinya jadi biarlah tiba masanya Ketua Menteri sendiri yang akan umumkan pada dasarkan kita akan berbincang tapi kerana Ketua Menteri perlu bawa kepada jemaah menteri untuk kelulusan,” katanya

Pada Belanjawan 2023 peruntukan pembagnunan KKDW kepada Sabah adalah RM1.19 bilion membabitkan 270 projek berbanding 2022, RM1.24 bilion (247 projek).

Daripada jumlah itu 35 adalah projek baharu membabitkan kos keseluruhan RM1.97 bilion dan baki 235 projek adalah sambungan projek membabitkan kos keseluruhan RM15.17 bilion.

Loading...
Terkini