comscore
Tumpuan :
Nasional

KKDW, FELDA tumpu enam sektor bantu generasi baharu FELDA

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, KKDW dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, FELDA dalam proses melaksanakan kerjasama baharu bagi menaik taraf infrastuktur dan kemudahan generasi baharu FELDA.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bidang kerjasama strategik berkenaan sedang diperhalusi untuk pelaksanaan yang lebih efektif.

Kerjasama baharu itu termasuk bidang infrastuktur, modal insan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), usahawan, perladangan dan program siap siaga FELDA yang melibatkan Koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Bidang usahawan misalnya mengintegrasikan ‘smart partnership’ 15,881 usahawan FELDA ke dalam pangkalan data usahawan di KKDW bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan program pada masa akan datang.

Sektor perladangan pula menumpukan Bantuan Musim Tengkujuh dengan peruntukan RM9.427 juta telah diserahkan kepada FELDA melalui RISDA.

Pengurusan banjir pula akan diselaraskan bersama NADMA yang melibatkan lebih kurang 27,000 keluarga peneroka
terjejas pada akhir dan awal tahun ini.

“Banyak lagi bidang-bidang lain yang tidak saya sebutkan memerlukan kelulusan kabinet. Dan saya juga memerlukan beberapa pengubahsuaian di dalam akta dan peraturan sedia ada”.

“Namun kita telah bersetuju tadi kita tidak bekerja secara silo lagi tapi kita juga bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan beberapa lagi kementerian yang terkait untuk membangunkan kawasan FELDA,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat koordinasi bersama KKDW bersama pengurusan kanan FELDA di Menara FELDA, ibu negara pagi tadi.

Hadir sama, Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Loading...
Terkini