comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KKM akan bentang Kertas Putih perolehan vaksin, kos berkaitan di Parlimen – PM

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan Kertas Putih perolehan vaksin dan kos berkaitan yang sebahagiannya didakwa tidak mengikut peraturan dan ditandatangani tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memaklumkan demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini hari ini, berkata Kertas Putih berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof pada sidang media di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. – NSTP

“KKM akan bentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin dan kos yang berkaitan, sebahagiannya tidak mengikut peraturan dan ditandatangani menteri tanpa persetujuan Peguam Negara,” katanya.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini