comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM dapatkan bantuan Bomba angkat lelaki 160 kg

Bomba membantu mengangkat lelaki obesiti dengan berat 160 kg untuk dibawa keluar dengan ambulans ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan. FOTO: Ihsan JBPM

TUARAN: Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mendapatkan bantuan bomba mengangkat seorang lelaki obesiti dengan berat badan 160 kilogram (kg), yang tidak sedarkan diri, selepas dipercayai mengalami sesak nafas di Kampung Kota di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 37 tahun terbabit dibawa keluar dari rumahnya untuk dihantar ke Hospital Tuaran bagi menerima rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak KKM pada 5.58, untuk bantuan mengangkat mangsa.

Katanya, tujuh anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi berserta satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dan menerima rawatan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) daripada petugas KKM.

“Pasukan bomba seterusnya membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung untuk dibawa menaiki ambulans ke hospital berhampiran,” katanya dihubungi.

Menurutnya, operasi tamat pada 6.30 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini