comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM nafi beri perakuan produk atau makanan ganti ubat-ubatan

FOTO: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA / Facebook

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan.

KKM menerusi Facebooknya hari ini memaklumkan, ini termasuklah insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh sebuah portal baru-baru ini.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa kementerian ini tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat Diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti didakwa oleh portal,” katanya.

Menurut KKM tindakan itu tidak bertanggungjawab dan gambar yang digunakan telah diubah suai daripada laman sesawang portal http://myhealth.gov.my bagi tujuan mengelirukan orang awam.

Justeru, KKM menyeru orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan dikeluarkan portal berkenaan.

“KKM menyeru agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan dan portal yang tidak diketahui kesahihannya,” katanya.

Loading...
Terkini