comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KKM perhalusi isu kekurangan jururawat di institusi kesihatan swasta

 

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memperhalusi isu kekurangan jururawat di sektor kesihatan swasta.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata pihaknya perlu melakukan libat urus bersama pemain industri swasta bagi menyelesaikan isu itu sekali gus membantu meningkatkan perkhidmatan mereka.

“Perkara itu memang dalam makluman KKM. Kita sedang perhalusi dan buat libat urus dengan pihak swasta. Libat urus bukan sekali tetapi beberapa kali untuk melihat beberapa perkara antaranya melibatkan pengambilan jururawat dari luar negara untuk membantu sektor private dalam meningkatkan perkhidmatan mereka,” katanya.

Dr. Zaliha berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) di sini.

Sebelum itu, Presiden APHM, Datuk Dr. Kuljit Singh dalam ucapannya berkata satu kajian yang dijalankan pihaknya pada November 2022 dan menerima respon 103 hospital, mendapati bahawa tambahan 9,224 jururawat diperlukan pada tahun 2023 hingga 2025 dalam sektor swasta.

Tambah Dr. Zaliha, beliau juga akan membawa cadangan daripada Kertas Putih Kesihatan pada mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan.

Loading...
Terkini