comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM sedia beri sokongan kepada waris mangsa nahas pesawat

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KLANG: Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) bersedia memberi sokongan secara terus kepada waris mangsa nahas pesawat di Elmina petang tadi.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan menyediakan pasukan untuk membantu dari sudut sokongan psikososial dan emosi kepada mereka.

“Kita juga telah wujudkan pasukan daripada psikatri untuk membantu ahli keluarga mangsa dari segala sudut yang diperlukan,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Sha’ari Ngadiman.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan KKM telah menerima makluman insiden berkenaan sekitar jam 3 petang

“Susulan kejadian, kita  telah bertindak menghantar pasukan kesihatan daripada Hospital Sungai Buloh, HTAR, dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling ke lokasi kejadian.

“Pasukan forensik ditempatkan di lokasi untuk membantu pasukan bomba dan polis di sana.

“Jadi kami di sini bersedia untuk menerima jenazah, dan menunggu berita terkini dari lokasi yang setakat ini masih dalam operasi search dan recovery,” katanya.

Tambah Dr Zaliha , pihaknya akan berusaha menyegerakan proses bedah siasat kesemua mayat untuk diserahkan kepada ahli keluarga mangsa.

Loading...
Terkini