comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM semak semula kawasan jangkitan COVID-19

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyemak semula pengisytiharan kawasan jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi menilai tahap risiko jangkitannya.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, semakan akan dilakukan pada pertengahan Jun ini dan sebagai langkah bagi membolehkan KKM menilai hala tuju seterusnya.

Ia akan dilakukan dengan mengambil kira garis panduan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut beliau, ketika ini kes Covid-19 di dalam negara masih terkawal walaupun masih lagi ada jangkitan khususnya pada hari raya.

Dr. Zaliha berkata demikian pada sesi taklimat Kertas Putih Kesihatan (KPK) bersama media di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

WHO pada 17 Mac lalu memaklumkan pandemik Covid-19 boleh mereda tahun ini dan hanya akan menular seperti selesema selain yakin darurat kesihatan yang dikenakan berakhir tahun ini.

WHO mengumumkan PHEIC iaitu amaran tertinggi dikeluarkan pada 30 Januari 2020 selepas di negara luar China merekodkan lebih 100 kes Covid-19.

Dan meskipun ketika itu tiada kematian direkodkan, pada 11 Mac tahun sama, situasi itu diklasifikasi sebagai pandemik oleh WHO selepas banyak negara mula berada dalam bahaya.

Loading...
Terkini