comscore
Tumpuan :
Nasional

KKR peruntuk RM232 juta baiki kerosakan akibat banjir seluruh negara

Oleh: Kumaran Rajamoney

PENDANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM232 juta bagi tujuan pembaikan kerosakan akibat banjir di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek pembaikan itu sebahagian besar melibatkan kerosakan di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu melibatkan peruntukan berjumlah RM196 juta.

“Kerosakan yang paling teruk adalah melibatkan turapan jalan yang pecah. Ada juga kerosakan lain melibatkan infrastruktur elektrik dan sebagainya.”

“Kerja pembaikan sudah dimulakan, dan difahamkan sudah berjalan sekitar 20 peratus. Kita akan pastikan kerja ini diselesaikan secepat mungkin melihat kepada keadaan setempat di lokasi terjejas,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Majlis disaksikan Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Sementara itu, mengulas mengenai rungutan pelbagai isu berkaitan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol, beliau menjelaskan perkara tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Plus Malaysia Berhad (Plus).

“Mesyuarat antara LLM dan PLUS ini akan membincangkan langkah yang perlu diambil dalam mesyuarat khas esok.”

Beliau pada masa sama mengesahkan bahawa penggunaan RFID akan diteruskan.

Loading...
Terkini