comscore
Tumpuan :
Nasional

KLIA2 bakal dilengkapi AI paling maju di Asia Tenggara

Foto hiasan




KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) bakal menjadi hab pengangkutan yang dilengkapi buatan kecerdasan (AI) pintar paling maju di Asia Tenggara.

Usaha itu akan direalisasikan oleh syarikat Asia Success Resources Sdn Bhd (ARS) yang mula mengambil alih pengurusan baharu KLIA bermula 1 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif ARS, Aaron Chuah, berkata perubahan itu dijangka bukan saja akan meningkatkan kecekapan operasi tetapi turut memberikan pengalaman terbaik, lancar dan bebas tekanan untuk penumpang.
Katanya, hab itu juga sudah dinaik taraf daripada Gred B kepada Gred A, sejajar dengan piawaian ketat yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“ARS membuat pelaburan kira-kira RM3.5 juta dengan tujuan untuk meningkatkan dengan ketara kemudahan hab pengangkutan di KLIA2.

“Sebagai contoh, untuk meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan pengalaman penumpang, kami melaksanakan Sistem Tiket Berpusat, Sistem Pintar dan Sistem Operasi Terminal berkuasa AI.

“Sistem canggih ini membolehkan kami kekal berdaya tahan dan berdaya saing dari segi teknologi,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut ARS, penumpang yang melawat laman web hab pengangkutan itu akan disambut dalam pelbagai jenis bahasa dan pada masa akan datang lebih banyak bahasa seperti Jepun, Arab dan Hindu akan diisi.

Bukan setakat itu saja, dalam usaha memberikan penumpang pengalaman pembayaran yang mudah dan tanpa rumit, hab itu juga akan melaksanakan sistem tanpa tunai di stesen bas mulai 15 April ini.

“Sistem ini akan menerima semua bentuk e-dompet dan kad,” menurut ARS.

Pelancaran hab pengangkutan baharu yang sudah diubah suai ini bertepatan dengan pelancaran kempen Relax, Reunite & Be Rewarded.

Kempen itu bertujuan untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pengembara dan memberi ganjaran kepada kesetiaan mereka, sementara hab itu menetapkan piawaian baharu dalam kecekapan, keselamatan dan pengalaman penumpang.

Loading...
Terkini