Tumpuan :
Nasional

Klinik Kesihatan Gelang Patah dipindahkan, terima RM1 juta tambah baik fasiliti

GELANG PATAH: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Gelang Patah akan dipindahkan ke premis baru berikutan keadaan bangunan yang daif dalam keadaan sesak akibat kepadatan penduduk kawasan di terbabit.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM1 juta bagi memindahkan dan membangunkan infrastruktur serta fasiliti klinik berkenaan.

Katanya, selain Klinik Kesihatan Gelang Patah, Klinik Kesihatan Majidee, Klinik Kesihatan Tebrau dan Klinik Kesihatan Kulai turut dikenal pasti sebagai uzur dan sesak.

“Saya telah mengadakan perbincangan mengenai isu ini dan mencadangkan penyelesaian secara berfasa untuk menangani masalah tersebut.

“Untuk jangka masa pendek, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan RM 2 juta bagi menaik taraf fasiliti di ketiga-tiga klinik kesihatan terbabit,” katanya selepas meninjau keadaan Klinik Kesihatan Gelang Patah pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz turut memaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah memperuntukkan RM 1 juta bagi penyediaan kemudahan tempat letak kereta awam di kawasan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini