comscore
Tumpuan :
Nasional

Kluster baharu dikesan

KUALA LUMPUR: Satu kluster baharu jangkitan wabak COVID-19 membabitkan pekerja pembersihan dikesan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kluster itu mengakibatkan jangkitan terhadap 24 warganegara Bangladesh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster berkenaan dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggungjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.

“20 individu yang dikesan dijangkiti menginap di dalam sebuah asrama di Kuala Langat, Selangor, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan.

“Klinik berkenaan mengadakan saringan kesihatan itu berdasarkan inisiatif syarikat pembersihan berkenaan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, hari ini.

Beliau berkata,Katanya, KKM segera mengesan kontak rapat dan memeriksa sejumlah 428 individu sebaik sahaja ia dikenal pasti.

Katanya, penularan jangkitan berkenaan berpunca daripada kesesakan tempat tinggal dan tiada penjarakan sosial yang selamat.

Loading...
Terkini