comscore
Tumpuan :
Nasional

Kluster Tawar rekod 55 kes positif

KUALA LUMPUR: Kluster Tawar yang berpusat Baling, Kedah, meningkat kepada 55 kes positif, selepas lapan lagi kes baharu dikesan, hari ini.

Kes berkenaan dikesan dengan empat kes di Kedah dan empat kes di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata operasi pengesanan dan saringan kes positif masih diteruskan.

“Sehingga 19 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 1,910 orang sudah disaring dalam kluster ini. Di Kedah seramai 1,560 disaring dan 44 daripada mereka dikesan positif COVID-19.

“Seramai 1,173 individu negatif lagi dan 343 individu masih menunggu keputusan.

“Daripada 341 individu di Pulau Pinang yang disaring setakat ini, 11 dikesan positif COVID-19, manakala 316 individu negatif; dan 14 individu masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kesemua sembilan individu yang disaring di Perak pula didapati negatif Covid-19 dengan saringan terakhir pada 17 Ogos lalu.

Loading...
Terkini