KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
Sistem pintar itu dijangka meningkatkan pengalaman pengembara warganegara bermula Januari 2025.
Orang ramai perlu memuat turun aplikasi MyBorderPass untuk mendaftar maklumat perjalanan.
Pengesanan wajah perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan atau semasa ketibaan di lapangan terbang.
Terdahulu menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sistem itu tersedia di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA.
Pelaksanaan sistem itu bukan sahaja mempercepatkan pelepasan imigresen tetapi juga menangani isu kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.
Dengan sistem baharu itu, pelepasan imigresen hanya mengambil masa lima hingga tujuh saat, jauh lebih pantas berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.