comscore
Tumpuan :
Nasional

Komen gaun Aishwarya Rai, Chef Wan mohon maaf

KUALA LUMPUR: Chef Selebriti, Datuk Redzuawan tampil memohon maaf atas komen gurauannya sebelum ini, mengenai gaun dipakai bintang Bollywood, Aishwarya Rai yang disalah anggap segelintir pihak.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan 66, berkata dia tidak berniat mempermainkan agama Hindu dan memohon maaf kepada penganutnya.

“Bukan niat sebenar saya untuk bersikap perkauman atau burukkan mana-mana agama. Sebagai seorang chef televisyen (TV), saya sentiasa menghormati semua budaya dan agama di seluruh dunia.

“Saya mohon maaf kepada semua kerana memuat naik kenyataan demikian,” kata Chef Wan menerusi satu hantaran di Instagram (IG).

Chef Wan turut memohon maaf kepada Aishwarya berikutan tindakannya itu dan mengakui begitu teruja melihat penampilan antara pelakon wanita yang diminatinya itu.

Tambah Chef Wan, dia hanya berkongsi pendapat dan berseloroh kerana kapsyen yang dibuat bertanyakan mengenai pandangan warga maya terhadap gaun yang dipakai Aishwarya.

Chef Wan mendakwa dia hanya berjenaka dan bercakap jujur, namun, komennya disalah tafsir hingga polis terpaksa siasat berikutan ada laporan dibuat.

Terdahulu, polis mengesahkan Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan Aishwarya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini