comscore
Tumpuan :
Nasional

Komitmen pelbagai organisasi, badan korporat raikan wartawan

Oleh Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM775,000 disumbangkan 45 organisasi terdiri daripada syarikat korporat, agensi kerajaan dan media bagi menjayakan penganjuran Malam Wartawan Malaysia MWM 2023 pada 9 Jun ini.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute MPI, Datuk Dr Chamil Wariya berkata ini menunjukkan komitmen pelbagai pihak dalam memberi sokongan dan mengiktiraf peranan media terutama wartawan di negara ini dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Ini adalah kadar yang paling tinggi yang pernah kita terima sejak kita menganjurkan malam wartawan dan ini membayangkan bahawa dalam usaha untuk mengiktiraf wartawan di negara ini.

“Industri, badan-badan korporat sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada MPI.” katanya selepas majlis meraikan penaja dan penyumbang MWM 2023 di ibu negara, siang tadi.

Tambahnya, sumbangan yang diterima juga ada dalam bentuk pembelian meja bernilai bermula RM7,500 hingga RM40,000.

Selain, syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selaku penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI – Petronas 2022, (HKM 2022) dengan jumlah sumbangan RM300,000.

Sementara itu, pihaknya turut telah menerima 386 penyertaan bagi (HKM 2022) bagi 17 kategori yang dipertandingkan.

The New Straits Times Press (NSTP) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan dua pertubuhan berita yang menghantar penyertaan tertinggi dengan masing-masing 61 dan dengan 58 penyertaan.

Loading...
Terkini