comscore
Tumpuan :
Nasional

Kompaun merokok lebih RM1.5 juta 

Foto hiasan

KUANTAN: Kompaun bernilai lebih RM1.5 juta bagi pelbagai kesalahan berkaitan merokok dikeluarkan Jabatan Kesihatan Pahang.

Sebanyak 6,750 notis dikeluarkan dalam operasi yang awal Januari hingga hari ini.

Menurut Pengarahnya Datuk Dr Nor Azimi Yunus dalam operasi pada 26 dan 27 Mei di Kuantan, Temerloh dan Bentong sahaja pihaknya telah mengeluarkan 495 notis kompaun mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bernilai RM112,350.

“Kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan merokok di kawasan larangan merokok dan kegagalan pemilik premis memastikan tiada orang merokok,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Loading...
Terkini