comscore
Tumpuan :
Nasional

Komposer Ooi Eow Jin meninggal dunia

Oleh: Izzatie Rizan

PETALING JAYA: Komposer terkenal, Datuk Ooi Eow Jin, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kira-kira jam 4 petang tadi.

Perkara itu disahkan isteri mendiang Datin Khaw Lean Kee ketika dihubungi Buletin TV3 sebentar tadi.

“Dia dibawa ke hospital pada jam 1 tengah hari tadi, akibat pelbagai kompilasi serta kesukaran bernafas.

“Ketika rawatan dilakukan, dia pergi meninggalkan kami,”katanya.

Mendiang pernah menghasilkan beberapa lagu untuk penyanyi popular tanah air antaranya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk M. Nasir dan Rahimah Rahim.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Muzik TV3 dan mencipta beberapa lagu antaranya, Gerimis di Lautan, Dia Ibuku serta hati yang rapuh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini